About Me

My photo
Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........

Pages

Sunday, November 7, 2010

Kelas Coklat di My Sweet Homemade


Tara..........coklat masing-masing dah siap, betapa bangganya, sampai tak tidur malamlah ingatkan coklat, nak order ke...mari...mari....




Lolichoc yang menawan kalbu




Coklat Oreo


Coklat yang berbagai bentuk dan rasa


Tuesday, November 2, 2010

Bingka Roti Berlauk


Bingka roti berlauk ini adalah resepi dari Mat Gebu (suka tengok blog dia, mengancam) bingka roti ini Azah adik kesayanganku yang masak, memang sedap......resepinya copi paste dari blog Mat Gebu....halal ya.....RUGI KALAU TAK CUBA...
BINGKA ROTI
Masakan : Azah
Sumber : Mat Gebu
6 -7 keping roti putih, dipotong kecil
400 ml santan (mat guna 200 ml santan + 200 ml susu cair)
1 1/2 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega, cair dan sejukkan
2 biji telur
Garam secukup rasa
1/2 camca teh gula (yang ni mat tambah)
BAHAN LAUK :
200 g daging cincang
1 biji bawang besar, cincang
1 biji sederhana kentang, kupas dan dadu kecil, rendam
1/2 batang lobak merah, kupas kulit dan dadu kecil
2 ulas bawang putih*1/2 inci halia*(*tumbuk halus)
1 1/2 camca besar rempah kari daging
1 1/2 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos cili
1 pokok daun ketumbar, hiris (yang ni mat gebu tambah)
500 ml air
Serbuk lada hitam secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN HIASAN :
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merahBawang goreng
CARA -CARA MEMBUATNYA :

UNTUK LAUK :
panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam dan gula secukup rasa dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan lada hitam dan daun ketumbar, kacau rata, matikan api, angkat dan sejukkan.
UNTUK BINGKA ROTI:
Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 8 inci x 8 inci, alas dasar tin dengan aluminiun, biar berlebih pada kiri dan kanan tin, lenser juga dengan mentega. Ketepikan. Roti yang dipotong kecil tadi direndam dengan santan + susu tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Tuang dalam tin dan bakar 30 minit.
UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :
Keluarkan bingka dari oven tadi. Tekan sedikit dengan sudu. Tabur bahan lauk (n0.1) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.

Sunday, October 24, 2010

Nasi Ayam Hidangan Keluarga

Nasi ayam hidangan keluarga ni cilok dari gambar FB adikku Azah, kiranya Azah telah meringankan tugaskulah, maklumlah kak long dia sibuk memanjang...cayang Azah...

Sunday, October 17, 2010

Cup Cake Qasrina Suaidah Batrisyia 4 tahun


Cup cake ni untuk Trisyia, pertama kali mak dia (mak Azah) berjaya buat kek untuk Trisyia, hasil kelas jarak jauh, tahniah kak long ucapkan. Kartun ni beli kat Bangi, bawa balik ke Terengganu, begitu bersemangatnya mak dia, memang mengagumkan......

Mufin Dalam Oven


Sunday, September 19, 2010

Apam Tepung Beras



Apam Tepung Beras

Bahan-bahannya:

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 camca teh instant yis
kelapa parut yang putih
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Blend nasi dan air sehingga halus, masukkan air sedikit-sedikit
2. Campurkan gula perang dan gula pasir blend hingga sebati
3. Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis
4. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas yang mengandungi tepung
5. Perap adunan tersebut lebih kurang 3 jam
6. Acuan disapu minyak, masukkan adunan tersebut ke dalam acuan dan dikukus (kalau acuan kecil 15 minit sahaja) lebihkurang, kalau loyang besar lama sikit
6. Kelapa puarut putih campur dengan sedikit garam (kalau nak tahan lama, kukus sekejap)
7. Hidangkan apam tersebut dengan kelapa parut

Tip: Sebelum mengukus, didihkan air dahulu, kalau tidak nanti tepung terkejut....