Puding Permata
Sejak akhir-akhir ini bila ke majlis perkahwinan kita seringkali dihadiahkan dengan agar-agar kering, untuk memakannya begitu sahaja terlalu manis, lagipun agar-agar kering ini cantik berwarna-warni serta berkilat. Apakata kita kreatifkan hidangannya.
Bahan-bahannya:
25 gm agar-agar kering (yang panjang)
1 liter air
1 cawan susu cair
1 cawan gula
Agar-agar kering secukupnya dipotong kiub kecil
Cara Membuatnya:
1. Agar-agar kering direndam sehingga kembang
2. Bila kembang masukkan agar-agar tersebut kedalam periuk bersama
1 liter air, dan masaklah sehingga agar-agar itu hancur.
3. Bila hancur, masukkan 1 cawan gula dan masaklah sehingga gula larut
4. Bila gula larut, masukkan susu cair dan masaklah sehingga mendidih dan angkat
5. Tapiskan agar-agar tersebut kedalam bekas yang lain dan sejukkan sekejap
6. Agar-agar kering tersebut digunting atau dipotong kecil, dan susunkan di dalam
bekas atau loyang yang disukai
7. Tuang agar-agar yang dimasak tadi ke dalam loyang tersebut, dan agar-agar kering
yang dipotong tadi akan naik ke keatas, kalau tak naik pun tak apa.
8. Sejukkan agar-agar tersebut, selepas itu bolehlah dipotong ikut suka