About Me
- putih flavour
- Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........
Pages
Wednesday, June 2, 2010
Kek Kukus Coklat
Kek Kukus Coklat
400 gm gula pasir
200 gm tepung superfine/gandum*
50 gm serbuk koko*
200 ml air panas
200 ml susu cair
200 ml minyak jagung/butter cair
2 biji telur
1/2 sudu tea soda bikarbonat*
1 sudu tea baking powder*
1 sudu tea esen vanila
1 sudu makan nescaffe segera (ikut suka)
* Bahan ini diayak bersama - 3 x
Cara Membuatnya:
1. Panaskan periuk kukusan berisi air secukupnya
2. Satukan air panas, gula, susu cair dan nescafe segera, kacau hingga sebati
3. Di dalam bekas yang lain pukul telur hingga kembang bersama esen vanila,
selepas itu masukkan minyak masak, gaul rata
4. Masukkan tepung yang sudah diayak tadi berselang-seli dengan bancuhan air panas
ke dalam bekas yang berisi adunan telur tadi.
5. Loyang sapu dengan sedikit minyak/butter, alas dengan kertas, tuangkan adunan
tersebut ke dalam loyang - jangan penuh sangat, setelah itu tutup loyang tersebut dengan
aluminium foil, elak air menitik atas kek)
6. Kukus selama sejam atau sehingga masak
7. Jika guna bekas yang kecil masa mengukus selama 25 minit - 30 minit
Topping (Double boil)
400 gm cooking coklat - potong kecil
200 gm whipping cream
1 sudu makan butter
Panaskan whipping cream, matikan api masukkan cooking coklat, gaul rata hingga cair
selepas itu masukkan butter, gaul hingga butter cair. Sejukkan, hiaslah kek mengikut
kreativiti masing-masing.
Topping ini seeloknya sediakan sehari lebih awal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment