Ini adalah salah satu manisan kegemaranku, tidak manis sangat dan ada rasa lemak-lemak, lebih-lebih lagi bila disejukkan sebentar.
SAGU GULA MELAKA
1/2 kilo sagu mata ikan (boleh juga yang berwarna-warni)
1/2 sudu tea garam
1 sudu tea gula
Rendam sagu mata ikan sampai kembang, bila kembang rebus dalam air panas yang mendidih, rebus sekejap angkat dan cucur di bawah air paip untuk elak daripada melekat
Tapiskan sagu tersebut kemudian bubuhlah warna pandan pes (atau biarkan putih sahaja) garam dan gula. bubuh dalam acuan ikut suka.
Santan Sagu Gula Melaka
1 cawan santan pekat
1 cawan susu cair
1 sudu tea garam
1 sudu tea tepung jagung
1/2 cawan air
Masak bahan-bahan di atas sampai mendidih
Gula Melaka
1 kilo gula merah
250 ml air
Masak sampai pekat - sedia dihidangkan bersama sagu dan santan
No comments:
Post a Comment