About Me

My photo
Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........

Pages

Thursday, July 29, 2010

Kuih Udang Mak




Wow! Kuih Udang yang dimakan dengan sambal.....sedapnya...



Kuih udang yang sudah siap digoreng sungguh menyelerakan!
Walau pergi ke mana kuih udang mak tetap dikenang-kenang......

Tuesday, July 27, 2010

Kek Kukus Pelangi


Kek Kukus Pelangi

250 gm mentega
5 biji telur B
250 gm tepung superfine *
225 gm gula kaster
100 gm susu pekat manis
1/2 sudu makan serbuk penaik (bp) *
1/2 sudu makan esen vanilla

* ayak bersama

Hiasan:

Pewarna ikut suka

Cara Membuatnya:

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat, masukkan tepung yang sudah diayak sedikit-sedikit ke dalam adunan tersebut.
2. Di dalam bekas yang lain pukul mentega dan dan susu sehingga gebu
3. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur dan tepung tadi. Bahagikan adukan sama banyak dan warnakan ikut suka.
4. Griskan acuan bulat 8"
5. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil
6. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak

Wednesday, July 21, 2010

Bubur Nasi Udang Kunyit Trisyia


Wow.... menyelerakan bukan!, ini adalah bubur nasi anak saudaraku Qasrina Suaidah Batrisyia
Senang sahaja untuk membuatnya, kanak-kanak sukakannya dan ia amat sesuai untuk parti kanak-kanak, kerana tidak pedas dan mudah hadam....
Bubur nasi
udang goreng kunyit
bawang goreng
daun sup/saderi
sedikit kicap
Bubuh bubur nasi di dalam mangkuk, taburkan dengan udang goreng kunyit, bawang goreng, daun sup atau saderi dan sedikit kicap, jika mahukan pedas, bolehlah bubuh sambal kicap atau cili merah potong bercampur kicap. Mudah bukan, rugi kalau tidak mencubanya.

Roti Jala Mak Azah

Roti jala yang sudah siap dikirai dan untuk dihidangkan bersama kuah

Kuah kari ayam atau daging atau boleh juga dimakan dengan kuah durian


Ini dia..........., menyelerakan bukan !

Resepi Roti Jala Mak Azah

500 gm tepung gandum

750 ml air

1 biji telur (pilihan)

1/2 sudu teh serbuk kunyit (pilihan)

1 sudu teh garam

Cara:

Bancuh semua bahan di atas, dan kirailah roti jala tersebut, lipat ikut suka.



Tuesday, July 13, 2010

Agar-agar Roti


Agar-agar roti yang sudah dipotong


Agar-agar roti sebelum dipotong, letak agar-agar merah secara bertompok-tompok
Kadang-kala kita membeli roti, yang tinggal sikit itu yang susah hendak habis, mungkin ini idea yang bagus, hanya perlukan sedikit roti sahaja, mari kita cuba.....hasilnya tidak mengecewakan!
Agar-agar Roti
37 gm agar-agar
4 keping roti
1 tin susu cair
6 cawan air
2 cawan gula pasir (ikut manis)
sedikit gula batu
sehelai daun pandan untuk wangi
strawberry pes/pewarna merah/atau esen ros (ikut suka)
Cara Membuatnya:
1. 4 keping roti direndam dengan 1 tin susu cair hingga kembang, dan dikisar halus
2. Masak agar-agar dengan 6 cawan air, bila agar-agar hancur masukkan daun pandan, gula
batu dan gula pasir. Bila gula tersebut hancur angkat dan tapiskan agar-agar tersebut.
3. Campurkan agar-agar tersebut dengan roti yang dikisar halus tadi, dan masak semula
sehingga mendidih.
4. Bila mendidih angkat, dan bahagi 2 adunan tersebut, satu warna merah dan satu lagi warna
asal.
5. Biarkan adunan sejuk dulu, kira-kira 1/4 bahagian daripadanya telah beku, barulah dibubuh
ke dalam acuan dengan cara bertompok-tompok hingga habis. Biarkan hingga beku, barulah
dipotong ikut suka.

Monday, July 12, 2010

Agar-agar Koko


Agar-agar koko ini ramai orang yang menggemarinya, sebenarnya makanan yang berasaskan coklat susah orang hendak menolaknya, anak saudaraku Siti Nor Athirah amat menggemarinya.
Agar-agar Koko

37.5 gm agar
1 tin susu cair (Ideal Milk)
6 1/2 cawan air atau 1.4 liter air
4 sudu makan koko
Gula secukup rasa
Sedikit coklat rice untuk tabur

Cara Membuatnya:

1. Agar-agar dimasak dengan 6 1/2 cawan air hingga hancur
2. Setelah itu masukkan gula, bila gula hancur masukkan susu cair dan koko
3. Masaklah sehingga mendidih, angkat dan tapis
4. Masukkan kedalam acuan atau loyang yang disukai, bila agar-agar hampir keras
taburkan sedikit coklat rice(jangan semasa panas, nanti coklat rice cair)
5. Sejukkan dan potong ikut suka