Agar-agar roti yang sudah dipotong
Agar-agar roti sebelum dipotong, letak agar-agar merah secara bertompok-tompok
Kadang-kala kita membeli roti, yang tinggal sikit itu yang susah hendak habis, mungkin ini idea yang bagus, hanya perlukan sedikit roti sahaja, mari kita cuba.....hasilnya tidak mengecewakan!
Agar-agar Roti
37 gm agar-agar
4 keping roti
1 tin susu cair
6 cawan air
2 cawan gula pasir (ikut manis)
sedikit gula batu
sehelai daun pandan untuk wangi
strawberry pes/pewarna merah/atau esen ros (ikut suka)
Cara Membuatnya:
1. 4 keping roti direndam dengan 1 tin susu cair hingga kembang, dan dikisar halus
2. Masak agar-agar dengan 6 cawan air, bila agar-agar hancur masukkan daun pandan, gula
batu dan gula pasir. Bila gula tersebut hancur angkat dan tapiskan agar-agar tersebut.
3. Campurkan agar-agar tersebut dengan roti yang dikisar halus tadi, dan masak semula
sehingga mendidih.
4. Bila mendidih angkat, dan bahagi 2 adunan tersebut, satu warna merah dan satu lagi warna
asal.
5. Biarkan adunan sejuk dulu, kira-kira 1/4 bahagian daripadanya telah beku, barulah dibubuh
ke dalam acuan dengan cara bertompok-tompok hingga habis. Biarkan hingga beku, barulah
dipotong ikut suka.
No comments:
Post a Comment