Alhamdulillah dapat juga aku buat si gebu ni....sebelum tu nak roti kacang merah, dah buat, lepas tu nak sigebu pulak....nasib baik sempat, kalau tidak meleleh air liur anak Yati..., puas pujuk suruh beli kat La Boheme dan Roti Boy, tapi dia tak nak...Kak Nor harap kalau mengidam lagi biarlah lambat sikit ya, penat menguli roti tak hilang lagi!........ha....ha......(tak taulah Yati ni, berkenan nar dengan aku...) kalau kenan, biarlah ikut yang baik ya.......!About Me
- putih flavour
- Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........
Pages
Thursday, April 15, 2010
Mak Yong Mengidam Si Gebu
Alhamdulillah dapat juga aku buat si gebu ni....sebelum tu nak roti kacang merah, dah buat, lepas tu nak sigebu pulak....nasib baik sempat, kalau tidak meleleh air liur anak Yati..., puas pujuk suruh beli kat La Boheme dan Roti Boy, tapi dia tak nak...Kak Nor harap kalau mengidam lagi biarlah lambat sikit ya, penat menguli roti tak hilang lagi!........ha....ha......(tak taulah Yati ni, berkenan nar dengan aku...) kalau kenan, biarlah ikut yang baik ya.......!Wednesday, April 14, 2010
Kenangan Untuk Mimi - Cencaru Goreng Kunyit

Ini adalah kenangan untuk kawanku Mimi semasa bersekolah SMDHHY Renggam, arwah mak dia selalu bekalkan nasi ni, lauknya ikan cencaru goreng kunyit dan renjis-renjiskan sedikit kicap. Kadang-kadang akupun tumpang sekaki, Mi dah tak ingat bekal warna apa Mi, tapi Kaklong bubuh dalam pinggan klasik lagi (vantage Malaysia) ha....ha....
Bubur Kacang Ayah
Bubur kacang ini adalah kegemaran ayahku, kami sekeluarga memang mengetahuinya......kalau nak tahu sebenarnya ayah memang pandai masak.........Resepinya:
400 gm kacang hijau
1 ketul gula melaka
sedikit gula pasir
1 biji kelapa ambil santan secukupnya
2 helai daun pandan
sehiris halia (buang angin)
Cara Membuatnya:
Kacang hijau basuh bersih, dan rendam lebih kurang 10 minit di atas dapur. Selepas itu bolehlah dinyalakan api, rebus kacang hijau sampai empuk, bila dah empuk, buangkan air rebusan tadi, masukkan santan, gula, daun pandan dan halia. Rasalah manis dan lemaknya. Bila masak bolehlah diangkat. Sedap dimakan dengan biskut tawar yang keras ataupun roti.
Tip: Tujuan rendam sebentar ialah untuk kacang hijau itu cepat empuk, halia pula ialah untuk membuang angin, dan menerbitkan aroma yang sedap bila bercampur dengan kacang dan santan, ini adalah petua orang tua dulu-dulu, tidak rugi kita mengikutinya.
Sambal Sardin
Jemput-jemput kosong makan dengan sambal sardin, sambal sardin ni kesukaan kawanku Putri Fiza Nur (ofismate - besfren), masakannya simple aja..bila masak sardin ni...mesti teringat dia...dalam banyak-banyak masakanku ini yang dia suka.....Resepinya
1 tin sardin yang sedang (aku guna Adabi)
3 sudu makan cili kisar - ikut pedas
3 ulas bawang bawang putih dihiris
5 ulas bawang merah dihiris
1 labu bawang besar potong bulat
sedikit halia hiris (untuk hilang hanyir sardin)
2 biji kentang potong baji - digoreng
2 biji cili merah
Asam keping- ikut rasa
Garam - ikut rasa
Minyak masak
Cara Memasaknya:
Panaskan sedikit minyak, goreng sardin sebentar saja, angkat sardin tersebut. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia sampai naik bau, masukkan cili kisar - kacau sebentar, selepas itu masukkan sardin dan sedikit sosnya, kentang yang digoreng tadi dan asam keping, masukkan garam kacau sebentar - masukkan bawang besar dan cili merah yang dibelah 2.
Rasalah garam dan asam secukup rasa, masak angkat - sedia dihidang dengan nasi putih, roti dan jemput-jemput...
Moral daripada kisah ini ialah masakan mampu membuat kita sentiasa dikenang-kenang...........
Selamat Hari Lahir - popcorn
Tuesday, April 13, 2010
Cinta Suci - Agar-agar Gulung
Subscribe to:
Comments (Atom)




