About Me

My photo
Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........

Pages

Sunday, October 24, 2010

Nasi Ayam Hidangan Keluarga

Nasi ayam hidangan keluarga ni cilok dari gambar FB adikku Azah, kiranya Azah telah meringankan tugaskulah, maklumlah kak long dia sibuk memanjang...cayang Azah...

Sunday, October 17, 2010

Cup Cake Qasrina Suaidah Batrisyia 4 tahun


Cup cake ni untuk Trisyia, pertama kali mak dia (mak Azah) berjaya buat kek untuk Trisyia, hasil kelas jarak jauh, tahniah kak long ucapkan. Kartun ni beli kat Bangi, bawa balik ke Terengganu, begitu bersemangatnya mak dia, memang mengagumkan......

Mufin Dalam Oven


Sunday, September 19, 2010

Apam Tepung Beras



Apam Tepung Beras

Bahan-bahannya:

2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 camca teh instant yis
kelapa parut yang putih
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Blend nasi dan air sehingga halus, masukkan air sedikit-sedikit
2. Campurkan gula perang dan gula pasir blend hingga sebati
3. Dalam bekas yang lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis
4. Masukkan bahan yang diblend tadi ke dalam bekas yang mengandungi tepung
5. Perap adunan tersebut lebih kurang 3 jam
6. Acuan disapu minyak, masukkan adunan tersebut ke dalam acuan dan dikukus (kalau acuan kecil 15 minit sahaja) lebihkurang, kalau loyang besar lama sikit
6. Kelapa puarut putih campur dengan sedikit garam (kalau nak tahan lama, kukus sekejap)
7. Hidangkan apam tersebut dengan kelapa parut

Tip: Sebelum mengukus, didihkan air dahulu, kalau tidak nanti tepung terkejut....



Tuesday, August 24, 2010

Botok-Botok

Botok-botok ikan ini adalah makanan tradisi negeri Johor, biasanya ikan tenggiri atau ikan selar dan ikan parang digunakan, dicampur dengan daun-daun ulam, baik untuk kesihatan. Ini adalah salah satu lauk kegemaranku.
Botok-Botok
Bahan A
Lada kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah kari
Kerisik
Asam jawa
Bahan-bahan tersebut dikisar halus, dan masak tanpa menggunakan minyak
Bahan B
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Garam, gula secukup rasa
Masukkan bahan B ke dalam A dan masaklah sehingga terbit minyak
Ulam-ulaman
Pucuk ubi
Daun mengkudu
Daun kunyit
Daun betik
Daun pisang untuk membungkus
Bila bahan-bahan rempah itu sudah masak asingkan ke dalam mangkuk. Ulam-ulaman disusun, letakkan ikan di atasnya dan bubuh bahan rempah tersebut. Bungkus dengan daun pisang dan kukus sehingga masak.

Thursday, August 19, 2010

Soto Ayam Mak Azah

Soto ayam ini adalah kegemaran kami adik beradik, bila berkumpul Azah selalu membuatnya untuk kami semua, bila balik ke kampung soto ini tetap jadi pilihan selain Laksa Johor. Sopnya yang tidak memuakkan.

Soto ayam

1 ekor ayam

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sup bunjut
Rempah sup serbuk
Rempah penumis (5 sekawan)

Bahan Iringan:

Bee Hoon/Mee/Nasi Impit
Pegedil
Taugeh
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Limau nipis kalau suka
Soon goreng
Sambal kicap


Cara membuatnya:

1. Ayam dipotong dan dibasuh bersih, rebus ikut banyak mana nak kuahnya
2. Bawang merah, bawah putih dan halia dikisar halus
3. Panaskan kuali, masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi dan rempah tumis, naik bau masukkan rempah sup serbuk & sup bunjut, gaul rata bila naik wangi tutup api angkat dan tuangkan bahan tersebut ke dalam periuk rebusan ayam. Masaklah sehingga ayam benar-benar empuk.
4. Bila ayam empuk, keluarkan ayam toskan, gorengkan ayam tersebut, garing angkat.
5. Siat-siatkan isi ayam, tulang-tulangnya masukkan balik kedalam periuk rebusan tadi.
6. Hidangkan bersama bahan-bahan iringan

Pegedil

Pegedil ini kesukaan kami satu keluarga, bila Mak Azah buat soto, pegedil mesti ada sekali tidak boleh ditinggalkan, kalau tinggal tidak cukup lengkap hidangan kami.

Pegedil Daging

Daging kisar - basuh dan goreng sekejap
Kentang goreng
Daun sup/bawang
Bawang goreng
Ketumbar
Jintan manis
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum
1 biji telur pukul kembang

Gaul bahan-bahan diatas dan bulat-bulatkan, selepas itu celup dalam telur dan gorenglah hingga masak.

Sedia untuk dimakan