About Me

My photo
Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........

Pages

Thursday, April 1, 2010

Jemput-Jemput Kosong Ayah

Inilah kegemaran ayahku untuk sarapan pagi dia, jemput-jemput kosong inilah yang selalu aku sediakan untuk ayah sebelum dia pergi kerja, ayah suka makan jemput-jemput ini dengan gula, sebab dia tak suka pedas-pedas. Jemput-jemput kosong ini nostalgia betul, inilah masakan yang aku tahu selepas tahu masak air dan masak nasi. Semasa kecil-kecil mak ajar masak air dahulu , masakan pertama yang setiap anak gadis mesti tahu, selepas itu barulah dia ajar masakan yang lain. Dulu-dulu mana ada cerek elektrik, dan cerek bunyi, kalau nak tahu air tu dah masak, kena tunggu tepi cerek, dengar dia mendidih sampai membuak-buak, itu tandanya
air dah masak betullah tu, betapa bangganya aku, bila ayah kata, sedap jemput-jemput yang anak ayah buat ni, senyum sampai ketelinga...ayah dah biasa bersarapan dengan makanan yang berasaskan tepung. Walaupun dah berumahtangga memori bersama ayah tetap aku rindu.

Jemput-Jemput Kosong Ayah

3 cawan tepung gandum

2 cawan air

1 camca teh garam halus

Bancuh kesemua bahan-bahan di atas sehingga rata, sedia untuk digoreng, jemput-jemput ini sedap juga dimakan dengan kuah asam pedas, atau sambal sardin, kari atau ikut kegemaran masing-masing.
Moral: Bagi anak-anak yang tidak pernah menyediakan air atau makanan untuk ayah & emak walaupun sekali, berbuatlah dari sekarang, anda masih belum terlambat, kasih sayang itu tercetus melalui makanan yang kita sediakan untuk mereka, masak dengan penuh kasih sayang.

No comments:

Post a Comment