
KekBlueberry
Bahan A
4 biji telur
125 gm tepung naik sendiri
125 gm gula castor
50 ml air
1 sudu tea gliserin
1 sudu tea ovellete
1 sudu tea esen vanila
Bahan B
50 ml minyak jagung/butter cair
Topping:
250 gm blueberry pie filling
300 gm krim putar -
Cara:
1. Pukul bahan A hingga kembang
2. Masuk bahan B, gaul dengan tangan sekejap sahaja
3. Acuan tidak perlu sapu minyak
4. Masukkan dalam acuan
5. Bakar 180'C selama 25-30 min atau sehingga masak
(bergantung kepada oven masing-masing ya)
6. Bila kek sejuk baru hiaskan dengan toping mengikut kreativiti masing-masing
Tip: Kek span perlu dikeluarkan secepat mungkin, untuk menghindari pengecutan
No comments:
Post a Comment