About Me

My photo
Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........

Pages

Monday, March 15, 2010

Telur Masin - Percubaan Yat Berjaya


Ini adalah telur masin - percubaan Yat yang pertama menjadi, pandai anak mak! masa kecil-kecil selalu mengacau kat dapur, terutama masa nak siang ikan, bukannya apa, main aja lebih, kiranya air tangan dia tak mengecewakanlah....semuanya bermula dengan sotong, masa tu nak cepat memasak, dia pula sibuk mengacau nak siang, akupun berkata....kalau nak tolong, habiskan siang sotong sekilo tu...rupa-rupanya dia siang sampai habis, masa tu dia darjah 5, sejak hari itu aku tidak pernah marah dia nak menolongku di dapur. kiranya kalau ada tetamu datang meringankan bebanku.

Resepinya

  • 5 biji telur itik dibasuh bersih
  • Garam kasar
  • Air paip
  • Balang bertutup

Rendam telur itik dalam balang berisi air (terendam) campurkan garam kasar, tutup rapat, biarkan lebih kurang 10-14 hari (kalau rendam lama lagi masin), selepas itu bolehlah direbus, siap untuk dimakan. Kalau sesiapa ada darah tinggi jangan makan telur ini.

Moral daripada cerita ini: Jikalau anak kita hendak menolong, biarkan sahaja, asalkan tidak membahayakan dirinya, yang penting orang dewasa mesti ada bersama dengan mereka, secara tidak langsung boleh memupuk minat mereka, kita sebagai ibu memberikan galakan.

2 comments: