Inilah nasi goreng mak yang menjadi kegemaran anak-anak, menantu dan cucu-cucu mak, letaklah nasi goreng ayam ke, nasi goreng cina ke, nasi goreng pattaya ke dan macam-macam lagilah nasi goreng, nasi goreng mak ni juga yang tetap jadi pilihan hati masa balik kampung Layang-Layang (nama kampung mesti bubuh), walaupun tak banyak bahan, tapi bila makan terasa nikmatnya, sebab mak masak penuh dengan kasih sayang dan sentiasa tersenyum.....hai...mak!...mak!....sayang mak!, maklah guru memasakku pertama......
Bahan-bahannya:
- Nasi ikut banyak mana hendak
- Ikan bilis( separuh goreng, separuh tumbuk) - bergantung kepada nasi
- Bawang kecil (banyak sikit manis)
- Bawang putih
- Cili api ikut pedas
- Garam
- Secubit gula
Cara:
Masukkan cili api, ikan bilis, bawang kecil dan bawang putih serta garam, tumbuk kasar jangan sampai lumat (biar cili api dan bawang lebar macam gebar) , tumiskan bahan-bahan yang ditumhuk tadi, garing dan wangi masukkan secubit gula dan nasi , kacaulah sampai sebati dan hingga nasi masak. (Nak tau masak, bila kacau dia ringan dan nasi melompat-lompat dalam kuali) .
Sedia untuk dimakan, masa nak makan baru mak bubuh timun, mak kata cepat basi nasi kita , kalau bubuh cepat-cepat.
Moral daripada cerita ini: Walaupun kita berjumpa dengan berbagai-bagai hidangan yang terkini, air tangan seorang ibu itulah yang mampu menjerat selera anak. Masak dengan penuh kasih sayang, kerana mod kita akan mempengaruhi masakan yang kita masak. Janganlah berasa penat memasak untuk mereka. Seronokkan kalau mereka rindu kat kita..tiada nilai....
nasi goreng emak...
ReplyDeletenasi goreng ayah tkda ke?
mesti best ni nk buat lah...
Ayah punya resepi lain
ReplyDelete