Ini adalah nasi goreng kegemaran anak bujangku, tak jemu-jemu dia.......resepi ini sesuai untuk anak-anak kecil ataupun majlis untuk sikecil, selalunya kita terlupa menu untuk mereka, bila membuat sesuatu majlis. Ini dia resepinya....selamat mencuba.
2 cawan nasi
1 1/2 sudu makan sos tiram
5 ulas bawang merah) dihiris
3 ulas bawang putih ) nipis
1 batang lobak merah yang kecil (potong dadu)
20 ekor udang yang kasar
1 sudu teh garam
1 biji telur (dipukul sebentar)
minyak untuk menggoreng
Cara membuatnya:
Panaskan minyak, goreng telur tadi, kacau supaya hancur, bila masak angkat, ketepikan sebentar. Tumiskan bawang merah dan bawang putih, bila wangi masukkan udang, gaul sebentar, masukkan telur, sos tiram, lobak merah dan garam gaulkan sebati, selepas itu masukkanlah nasi, kacau sehingga nasi masak. (untuk mengetahui nasi goreng sudah masak atau belum, bila dikacau dia ringan, dan nasi akan melompat-lompat di kuali, itu dah masaklah namanya)
Setelah masak angkat dan hidangkan, hiaskanlah mengikut kesukaan, sedia untuk dimakan.
Tip: Untuk menghilangkan hanyir udang (udang bela, contohnya kat Tesco)
basuhlah dengan asam limau.
Untuk sigadis dan sibujang yang baru hendak belajar memasak, resepi ini tentunya tidak mengecewakan anda.
walau apa pon aku suka pingan lama tu...(pingan cap kangkung)
ReplyDeletePinggan kangkung ni susah nak cari dalam dunia, hanya ada kat Malaysia aja tau...kalah vintage...ha...ha...
ReplyDelete