About Me

My photo
Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........

Pages

Tuesday, August 24, 2010

Botok-Botok

Botok-botok ikan ini adalah makanan tradisi negeri Johor, biasanya ikan tenggiri atau ikan selar dan ikan parang digunakan, dicampur dengan daun-daun ulam, baik untuk kesihatan. Ini adalah salah satu lauk kegemaranku.
Botok-Botok
Bahan A
Lada kering
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah kari
Kerisik
Asam jawa
Bahan-bahan tersebut dikisar halus, dan masak tanpa menggunakan minyak
Bahan B
Ketumbar
Jintan manis
Jintan putih
Garam, gula secukup rasa
Masukkan bahan B ke dalam A dan masaklah sehingga terbit minyak
Ulam-ulaman
Pucuk ubi
Daun mengkudu
Daun kunyit
Daun betik
Daun pisang untuk membungkus
Bila bahan-bahan rempah itu sudah masak asingkan ke dalam mangkuk. Ulam-ulaman disusun, letakkan ikan di atasnya dan bubuh bahan rempah tersebut. Bungkus dengan daun pisang dan kukus sehingga masak.

Thursday, August 19, 2010

Soto Ayam Mak Azah

Soto ayam ini adalah kegemaran kami adik beradik, bila berkumpul Azah selalu membuatnya untuk kami semua, bila balik ke kampung soto ini tetap jadi pilihan selain Laksa Johor. Sopnya yang tidak memuakkan.

Soto ayam

1 ekor ayam

Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sup bunjut
Rempah sup serbuk
Rempah penumis (5 sekawan)

Bahan Iringan:

Bee Hoon/Mee/Nasi Impit
Pegedil
Taugeh
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Limau nipis kalau suka
Soon goreng
Sambal kicap


Cara membuatnya:

1. Ayam dipotong dan dibasuh bersih, rebus ikut banyak mana nak kuahnya
2. Bawang merah, bawah putih dan halia dikisar halus
3. Panaskan kuali, masukkan bahan-bahan yang dikisar halus tadi dan rempah tumis, naik bau masukkan rempah sup serbuk & sup bunjut, gaul rata bila naik wangi tutup api angkat dan tuangkan bahan tersebut ke dalam periuk rebusan ayam. Masaklah sehingga ayam benar-benar empuk.
4. Bila ayam empuk, keluarkan ayam toskan, gorengkan ayam tersebut, garing angkat.
5. Siat-siatkan isi ayam, tulang-tulangnya masukkan balik kedalam periuk rebusan tadi.
6. Hidangkan bersama bahan-bahan iringan

Pegedil

Pegedil ini kesukaan kami satu keluarga, bila Mak Azah buat soto, pegedil mesti ada sekali tidak boleh ditinggalkan, kalau tinggal tidak cukup lengkap hidangan kami.

Pegedil Daging

Daging kisar - basuh dan goreng sekejap
Kentang goreng
Daun sup/bawang
Bawang goreng
Ketumbar
Jintan manis
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum
1 biji telur pukul kembang

Gaul bahan-bahan diatas dan bulat-bulatkan, selepas itu celup dalam telur dan gorenglah hingga masak.

Sedia untuk dimakan



Roti Gulung


Roti Gulung
1 buku roti
Untuk Intinya:
Kentang potong dadu
Ayam agak-agak saja
Bawang merah *
Bawang putih *
Halia *
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
* bahan-bahan tersebut dikisar
Untuk Salut Roti
Sedikit tepung gandum
Sedikit daun sup
Cara Membuatnya:
1. Roti digulung nipis supaya apabila menggorengnya tidak serap minyak
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar bersama cili dan rempah kari daging
3. Bila naik bau masukkan ayam dan kentang, gaul rata
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Bila inti masak, angkat dan sejukkan
6. Letakkan inti di atas sekeping roti dan gulung, lekatkan roti dengan sedikit tepung (gam)
7. Bancuhkan tepung seperti menggoreng pisang, campurkan dengan daun sup, celupkan
roti tersebut dan goreng
8. Sedia untuk dihidangkan

Pisang Muda Lemak Cili Api

Sesekali masak lemak pisang cili api sedap juga ya............


Pisang Muda Lemak Cili Api

Masakan: Mak Azah
Sumber: Ratu Masak Lemak Cili Api


Pisang Muda (bukan pisang untuk goreng)
Cili api ikut pedas
Ikan bilis
Kunyit
Asam Keping
Sebiji kelapa parut/Santan
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Pisang muda disiang ambil juga kulitnya sikit, celur sampai empuk
2. Kisar cili api, kunyit dan ikan bilis (kalau nak sedap ikan bilis jangan sampai halus)
3. Kelapa parut diambil santannya
4. Pisang yang sudah dicelur tadi, tuskan airnya masukkan santan dan bahan-bahan kisar,
asam keping dan garam, masaklah sampai mendidih, rasalah asam dan garamnya
5. Masak angkat dan hidangkan............


Wednesday, August 18, 2010

Dendeng Berlado

Dendeng Berlado ini amat menyelerakan, bagi yang tidak menyukai makanan yang bersantan hidangan ini amat sesuai makan dengan nasi putih, apalagi jika dimakan dengan ketupat dan lemang. Masakan yang ringkas dan tidak memuakkan.

Dendeng Berlado

1/2 kilo daging lembu
Lada besar ikut pedas
Bawang Merah
Bawang Putih
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Daging dibasuh bersih dan dipotong lebar, gaulkan dengan garam dan kunyit. Setelah
daging masak tumbuk daging tersebut.
2. Lada besar, bawang merah dan bawang putih dikisar halus (guna pengisar kering)
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar tersebut sampai naik bau, masukkan daging yang
ditumbuk tadi, gaul rata masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Masak angkat dan sedia untuk dihidangkan