About Me

My photo
Makanan boleh membuat seseorang itu gembira, makanan juga boleh membuat seseorang itu marah dan kecewa..........

Pages

Wednesday, May 5, 2010

Bahulu Pelangi


Bahulu Pelangi
Sumber: Kelas Kak Pau
325 gm gula pasir
320 gm tepung gandum *
1/2 sudu kecil baking powder *
425 gm telur (timbang tanpa kulit)
1/2 sudu tea ovelette
4 perasa (pandan, strawberry, oren dan keladi)
* ayak bersama
Cara:
1. Pukul telur, gula dan ovelette sampai gebu, masukkan tepung sedikit-sedikit dengan cepat (gaul dengan tangan).
2. Bahagikan kepada 4 bahagian mengikut perasa
3. Sapukan acuan dengan minyak (seeloknya acuan pecah lima)
4. Sudukan adunan berselang-seli hingga habis.
5. Bakar pada suhu 180C selama 20-30 minit atau sehingga masak
(Bergantung kepada oven masing-masing)

Ayam Cornflakes



Ayam cornflakes ini amat digemari oleh keluargaku, ia juga amat sesuai untuk anak-anak kecil, malah orang dewasa juga meminatinya. Anak-anak kecil sukakan hidangan yang ringkas, dan mudah dipegang, biasanya anak-anak suka menyuapnya sendiri. Jadi potongan yang kecil amat sesuai untuk mereka. Kalau tidak habis, tidaklah membazir.

Bahan-bahannya:

300 gm isi ayam
150 gm cornflakes ) dikisar halus
1 tangkai daun ketumbar ) boleh juga dikisar dengan cornflakes
atau dicincang halus
1 biji telur
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Cara Membuatnya:

1. Isi ayam dibasuh bersih, potong kecil dan gaulkan dengan telur, garam
dan serbuk lada sulah hingga mesra.
2. Masukkan cornflakes dan daun ketumbar, kaupbalikkan hingga rata
3. Panaskan minyak masak dan goreng hingga garing
4. Hidangkan dengan cili sos


Tartlet Roti


Salah satu daripada menu kegemaran keluargaku, hidangan yang ringkas dan menyelerakan.

Bahan-bahan:

12 keping roti/wholemeal
185 gm tuna dalam minyak zaitun (tin kecil) - sejatkan
1/2 labu bawang besar (holand) potong dadu
2 sudu makan cili sos
1 biji cili merah dicincang halus
100 ml susu segar
1 biji telur
1 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan minyak masak
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Sedikit butter untuk sapu pada roti

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak masak, tumiskan bawang besar hingga wangi
2. Masukkan cili sos, cili merah, tuna dan garam, gaul rata biarkan mesra
3. Masak, angkat dan ketepikan
4. Terap roti dengan acuan bulan 10cm, roti disapu dengan butter
4. Tekan roti ke dalam tin patty, sudukan inti tuna ke atas roti
5. Bancuh telur, susu, tepung jagung dan serbuk lada sulah
6. Tuangkan ke atas ini
7. Bakar roti pada suhu 190c selama 25-30 minit
8. Masak dan sedia dihidangkan

Tip:
Setelah habis membakar tart, lebihan roti tadi dibakar hingga wangi
dan garing, setelah itu dikisar halus, jadilah ia serbuk roti dan boleh
digunakan untuk resepi yang lain pula.



Monday, May 3, 2010

Sambal Tumis Tempe Abang


Sambal tempe dan tauhu ini kegemaran suamiku, dia adalah peminat tempe no. 1 lebih-lebih lagi kalau tempe goreng kunyit makan dengan sambal kicap. Mula asalnya memang dia tak tahu nak makan tempe , dia memang cerewet, kalau nak beli kena yang berbungkus dengan daun.
Bahan-bahannya:
4 keping tempe
2 keping tahu
1 biji kentang
Cili kisar ikut pedas
Ikan bilis ikut suka banyak mana
1 labu bawang besar dipotong baji
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih
Gula
Garam
Air Asam Jawa
Cara Membuatnya:
1. Tempe . tauhu dan kentang dipotong dadu dan digoreng
2. Ikan bilis juga digoreng
3. Bawang kecil dan bawang putih ditumbuk halus
4. Lebihan minyak menggoreng tempe tadi kurangkan sedikit, selepas itu
tumiskan bawang yang ditumbuk halus tadi, kacau sehingga naik bau
5. Masukkan cili kisar, gaul rata, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa,
gaul lagi supaya mesra dan cili betul-betul masak.
6. Masukkan tempe, tauhu, kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi, kacau sebentar
7. Masukkan bawang besar, gaul sekejap saja jangan bagi bawang layu tak sedap
8. Angkat dan sedia dihidangkan
Memikat suami melalui perutnya, tapi jangan sampai boroi.

Sunday, May 2, 2010

Emping


Emping ini makanan dulu-dulu, adakah anak-anak muda zaman sekarang menggemarinya?
Kita sebagai ibubapa kenalah mengajar mereka untuk mengenalinya.. ditakuti lama-kelamaan makanan ini mungkin akan hilang.
Emping
Kelapa parut putih
Gula
Garam
Cara Membuatnya:
Emping digaulkan bersama kelapa parut putih, gula dan garam secukup rasa.
Sedia untuk dihidangkan.

Salad Buah-Buahan dan Yogurt (Salad Sihat)


Salad ini sesuai untuk yang menjaga kesihatan
(terutama bagi golongan yang dipertengahan usia)

Kanak-kanak juga sukakannya............

Salad dari Genting Garden (UPM Monoluxury Genting Highland)
Salad Buah-buahan dan Yogurt
Bahan-bahan:
1 biji buah epal hijau
1 biji buah epal merah
1 biji buah jambu merah
1 biji buah pir
1 biji buah lai
Anggur
Salad
135 gm yogurt perisa buah-buahan (ikut kesukaan masing-masing)
Cara Membuatnya:
1. Rendamkan buah-buah tersebut dengan garam sebentar
2. Basuh bersih, buangkan empulur, dan potong dadu buah-buahan tersebut
3. Masukkan buah-buahan tersebut ke dalam mangkuk
4. Gaulkan dengan yogurt perisa buah-buahan
4. Hidangkan mengikut kreativiti masing-masing

Rojak Buah Bersos Coklat


Rojak Buah Bersos Coklat ini sesuai untuk jamuan si kecil, selalunya bila ada jamuan, jarang benar kita jumpa menu untuk si kecil, kebanyakannya pedas-pedas belaka. Lagipun kanak-kanak sukakan hidangan yang berwarna-warni. Apakata kita pelbagaikan hidangan.


Bahan-bahan:

1 biji buah jambu merah
1 biji buah pir
1 biji buah epal merah
1 biji buah lai
anggur

Cara Membuatnya:

Rendam buah-buahan tersebut dengan garam sebentar, basuh bersih dan potong ikut suka. Hiris buah-buahan itu dan aturkan di atas pinggan

Hidangkan dengan sos coklat.

Sos Coklat:

200 gm coklat masakan
50 ml susu cair /susu segar

Cara:

Potong kecil coklat masakan, cairkan coklat (double boil) setelah itu tuangkan susu cair perlahan-lahan , kacau hingga pekat sedikit.

Tip: Jika ada lebihan topping untuk coklat moist boleh digunakan untuk sos coklat, selain daripada buah boleh juga di sapu pada roti, jadi kita tidak membazir.


(ii) Sos Coklat (Cair sedikit)

Bahan-bahannya:

1 tin besar susu cair
1 tin besar susu pekat manis
1 1/2 cawan serbuk koko
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan butter

Cara Membuatnya

1. Masak bahan-bahan di atas sampai pekat kecuali butter
2. Bila sudah pekat, tutup api, masukkan butter, kacau butter
sampai cair.
3. Sejukkan, sedia untuk digunakan